Talbinah, Minuman Rasulullah SAW Yang Menggembirakan Hati!

Nama Talbinah datangnya dari kalimah ‘laban’ لبن , yang bermakna susu.

Ini disebabkan bahan asas yang digunakan untuk membuat Talbinah adalah susu. Dan rupa Talbinah pada warna dan teksturnya pun, seiras dengan susu.

Bahan kedua untuk Talbinah pula adalah barli. Pasti anda tahu apa dia barli kan?

Barli direbus untuk minuman selalu juga jadi amalan di rumah-rumah kita. Hampir semua orang tahu air barli ni membantu menyejukkan badan.

Boleh juga kalau anda nak buat bubur barli untuk minum petang, campurkan santan, letakkan sedikit daun pandan..

Hmm, sedap tu!

Bahan ketiga pula adalah  madu.

Siapa yang tak tahu khasiat madu kan?

Kalau anda masih ingin tahu tentang khasiat & manfaat madu, saya ada sediakan dalam post yang berasingan.
Jadi, Talbinah pun sebenarnya juga adalah bubur barli, cuma campurannya susu dan madu, bukan santan. Dan cara pembuatannya pun sedikit berbeza dengan bubur barli yang biasa kita hidangkan.

Sebelum kita teruskan, jom kita baca hadisnya dulu,

عن عائشةَرضي الله عنها قالت، سمعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:
“التَّلْبِينَةُ مَجمَّةٌ لفؤادِ المريضِ تَذهبُ ببعضِ الحُزْن ”
كذا فى الصحيحين.

Dari Ummul Mu’minin Sayidatina ‘Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda;

“Talbinah itu mengubati hati orang yang sakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan.”

– HR Al Bukhari & Muslim.

Talbinah sangat baik untuk mengubat selera orang yang sakit. Biasanya orang yang sedang tak sihat ni selalu kita risau nak bagi makan apa kan?

Sekarang tak payah risau lagi, Rasulullah SAW sendiri yang beritahu kepada kita apa penawar selera mereka.

Kasihnya Rasulullah kepada kita, makanan orang sakit pun baginda ajar macam mana nak buat. Betul tak?

Kalau nak tahu hadis-hadis Nabi tentang Talbinah lagi, In Shaa Allah saya akan bawakan dalam post yang lain.

Sekarang, ada tak sesiapa ahli keluarga kita, atau kawan-kawan kita yang sedang tak sihat?
Jom, cepat-cepat buatkan Talbinah untuk mereka!

Leave a Reply