Manfaat & Kelebihan Madu

By September 17, 2020Uncategorized

Nabi Muhammad S.A.W. biasa minum sedikit madu yang dicampurkan dengan air ketika perut kosong. Terdapat rahsia indah di sebalik amalan ini mengenai menjaga kesihatan. Hanya mereka yang mengerti sebaiknya dapat mengenali rahsia itu. Kami akan sebutkan lagi topik ini ketika kami menjelaskan panduan dan nasihat Nabi mengenai penjagaan kesihatan.

Sebuah hadis [yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah dan lain-lain ulama hadis] menyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W berkata:

علَيْكُم بالشِّفَاءَيْنِ‏:‏ العَسَلِ والقُرآنِ

“Sentiasalah mengamalkan dua penawar ini: Madu dan Al-Quran.”

Hadis ini manggabungkan dua jenis penawar, iaitu penawar berbentuk material (madu) dengan penawar berbentuk wahyu Ilahi (Al-Quran), penawar bagi jasad dan penawar bagi jiwa, perubatan duniawi dan penawar dari langit (syurgawi).

Madu mempunyai nilai perubatan yang luar biasa, kerana ia membuang bahan berbahaya yang mungkin terkumpul di dalam urat dan usus. Madu melarutkan lembapan berlebihan, bermanfaat sebagai minuman dan sebagai salap (sapuan), ia sangat bernilai untuk orang tua, dan mereka yang menderita kahak dan bertabiat sejuk (menggigil) atau memang berada di dalam kesejukan. Madu khasiatnya tinggi, ia melembut dan memudahkan pergerakan usus dan merupakan agen pengawet yang baik. Selain itu, madu mengurangkan rasa pahit ubatan lain, membersihkan hati dan dada, membantu menghasilkan air kencing, dan melancarkan kahak yang datang dengan batuk. Apabila madu dimakan panas dan dicampurkan dengan minyak mawar, ia akan menyembuhkan gigitan haiwan dan kesan daripada sebarang candu. Mengambil madu yang dicampurkan dengan air akan membantu merawat kesan gigitan anjing gila dan kesan daripada termakan cendawan beracun. Sekiranya daging segar disimpan dalam madu, ia mengekalkan kesegarannya selama tiga bulan. Begitu juga jika labu, timun dan terung disimpan dalam madu, ia juga akan tahan lama.

Selanjutnya, madu akan mengekalkan beberapa jenis buah segar selama enam bulan. Ia juga digunakan buat mengawet tubuh orang mati supaya tidak rosak, sehingga layak disebut, “Pengawet Sejati”. Apabila madu digunakan pada seseorang yang dijangkiti kutu, ia akan membunuh kutu dan telurnya sekali. Madu akan menambahkan kelembutan dan kecantikan pada rambut sambil membiarkannya tumbuh lebih panjag. Apabila madu digunakan pada mata sebagai Kohl (celak), ia akan menguatkan penglihatan yang lemah. Madu memutihkan gigi, menjaga kesihatan gigi dan gusi, membuka saluran darah serta menlancarkan aliran haid. Selanjutnya, menjilat madu di atas tapak tangan semasa perut kosong akan membantu tubuh menghilangkan lendir dan kahak. Ia membersihkan perut dan menjauhkannya daripada bahan atau campuran berbahaya, memanaskan perut dengan lembut dan membuka pori kulit. Madu mempunyai kesan yang serupa (membersihkan) pada buah pinggang, prostat, pundi kencing dan hati. Tambahan pula, madu adalah bahan manis yang paling tidak berbahaya untuk kesihatan hati dan buah pinggang.

Tambahan atas semua manfaat yang kami sebutkan, madu tidak mempunyai kesan sampingan, atau bahaya kecuali bagi mereka yang mengalami masalah hempedu dan seumpamanya, mereka ini harus meminum madu bersama cuka untuk meneutralkan kemudaratannya.

Anda juga dapat membaca artikel “Panduan Nabi untuk menyembuhkan Cirit-birit” di pautan berikut:

Leave a Reply