Manfaat & Kelebihan Daun Sanna

By September 22, 2020Uncategorized

روى الترمذىُّ فى “جامعه” وابن ماجه فى “سننه” من حديث أسماء بنت عُمَيْسٍ، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “بماذا كُنتِ تَسْتَمْشِينَ” ؟ قالت: بالشُّبْرُم، قال: “حَارٌ جَارٌ”. قالت: ثم استمشيْتُ بالسَّنا، فقال: “لو كان شىءٌ يَشْفِى من الموتِ لكانَ السَّنا”.

Imam Tirmizi dan Ibn Majah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada Sayyidatina Asma’ Binti ‘Umais R.Anha, “Bagaimana anda mengatasi masalah sembelit (sukar membuang air besar)? Beliau menjawab, “Dengan menggunakan Shubrum (Euphorbia, sejenis tumbuhan). Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “Ia terlalu panas dan juga pencahar yang kuat.” Sayyidatina Asma’ kemudian berkata lagi, “Selain itu saya juga menggunakan Daun Sanna.” Nabi S.A.W bersabda: “Jika ada penawar yang mencegah kematian, ia adalah Sanna “.

وفى “سنن ابن ماجه” عن إبراهيم بن أبى عَبلة، قال: سمعتُ عبد الله ابن أُم حرام، وكان قد صلَّى مع رسول الله صلى الله عليه وسلم القبْلتين يقول: سمعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “عليكم بالسَّنا والسَّنُوت، فإنَّ فيهما شفاءً مِنْ كلِّ داءٍ إلا السَّامَ”، قيل: يا رسول الله؛ وما السَّامُ ؟ قال: “الموتُ

Selanjutnya, Imam Ibnu Majah meriwayatkan bahawa Abdullah bin Ummi Haram berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Gunakan Daun Sanna dan juga Sanut, kerana ia menyembuhkan setiap penyakit kecuali As-Saam.” Baginda ditanya, “Apa itu As-Saam?” Baginda menjawab: “Kematian”.

Nabi Muhammad S.A.W bertanya kepada Sayyidatina Asma’ tentang apa yang beliau gunakan untuk mengubati sembelit, yang bererti penawar apa yang beliau gunakan untuk membantu melembutkan najis, sehingga tubuh dapat menyingkirkan hampas-hampas berbahaya.

Dalam riwayat dari Hadis yang lain, Nabi Muhammad S.A.W bertanya kepada Sayyidatina Asma’ tentang apa yang beliau gunakan untuk menyembuhkan sembelit, dan beliau menyebutkan mengenai pohon Shubrum (Euphorbia), yang merupakan kulit akar pohon Euphorbia dan bersifat kering dan panas di tahap keempat. Jenis Shubrum yang terbaik adalah berwarna kemerahan, lembut dan terasa seperti balutan kulit.

Shubrum adalah antara ubat yang tidak disarankan oleh para tabib untuk digunakan kerana ia adalah julap yang sangat kuat. Dalam hadis, Nabi kita yang dikasihi menerangkan Shubrum sebagai panas dan pencahar yang kuat.

Sanna adalah tanaman yang tumbuh di Hijaz (Arab Barat) dan jenis yang terbaik tumbuh di Makkah, Sanna bersifat panas dan kering pada tahap pertama dan ia adalah ubat ringan yang baik dan tidak menyebabkan kesan sampingan. Sanna membantu melawan penyakit berkaitan hempedu dan hempedu hitam dan juga menguatkan jantung. Sanna berguna untuk melawan kemurungan, melegakan ketegangan otot dan memperbaiki kesihatan rambut. Ia membantu melawan jangkitan kutu, sakit kepala, kudis, pustula (biji-biji bernanah), ruam dan epilepsi(sawan). Lebih baik merebus daun Sanna yang penuh dan meminumnya tiga kali daripada merebus daun sanna yang hancur. Selain itu, lebih bermanfaat memasak Sanna yang dicampurkan dengan bunga violet dan kismis merah (sultana), setelah mengeluarkan bijinya.

Al-Razi berkata, Sanna membantu mengeluarkan sisa toksik badan dan membantu melawan penyakit kusta dan ruam.

Adapun Sanut yang disebut di dalam hadis di atas, ada perbezaan pendapat mengenainya. Syeikh Umar bin Bakr As-Saksaki mengatakan bahawa Sanut itu adalah madu ataupun ekstrak mentega. Pendapat lain menunjukkan bahawa Sanut adalah sejenis bijian yang menyerupai jintan, seperti yang ditegaskan oleh Ibnu Al-Arabi. Pendapat keempat dan kelima mengatakan bahawa Sanut adalah samada jintan manis atau jintan putih Parsi, menurut Syeikh Abu Hanifah Al-Dainuri. Pendapat keenam mengatakan bahawa itu adalah Shibitt (dill seed atau dalam bahasa Tamil, sadakuppi), dan pendapat ketujuh mengatakan bahawa ia adalah kurma, menurut Abu Bakar bin As-Sunni. Pendapat kelapan menunjukkan bahawa ia adalah madu yang ada di kulit mentega. Beberapa doktor menyatakan bahawa makna terakhir ini adalah yang paling mungkin. Dalam kes ini, Sanut disiapkan dengan mengadun serbuk Sanna dengan sedikit madu yang dicampurkan dalam minyak sapi, kerana ini lebih baik daripada mengambil Sanna sahaja. Kemudian, seseorang menjilat campuran yang mengandungi Sanna itu, kerana madu & mentega akan membantu meningkatkan ciri pencahar Sanna, Waalhu A’lam Bissawab.

Leave a Reply