Manfaat & Kelebihan Buah Tin

By September 17, 2020Uncategorized

Rasulullah S.A.W. tidak pernah menyebut buah tin di dalam hadis kerana ia tidak tumbuh di kawasan Tanah Hijaz atau Madinah Munawwarah. Buah tin memerlukan iklim yang berbeza dengan buah kurma yang banyak ditanam di sana.

Manakala Allah S.W.T sendiri telah bersumpah dengan buah tin di dalam kitab suci Al-Quran kerana faedah & kegunaannya yang luar biasa.

Buah tin bersifat panas dan boleh jadi sifatnya antara kering atau basah. Jenis buah tin yang terbaik adalah jenis yang berwarna putih apabila masak ranum, ia membersihkan pasir yang terkumpul di dalam hati & prostat, dan berfungsi sebagai bahan pencegah racun. Buah tin lebih berkhasiat daripada semua jenis buah lain & membantu melegakan radang di dada , tekak & saluran nafas. Buah tin bagus untuk membersihkan hati & limpa, membersihkan lendir & kahak yang terkumpul di perut dan memberi khasiat untuk badan. Namun buah ara membuatkan seorang itu lebih kerap dihinggapi kutu jika dimakan secara berlebihan.

Buah tin yang kering mempunyai nilai khasiat yang tinggi & ia menguatkan saraf, yang terbaik adalah memakan buah tin kering dengan badam & walnut. Jalinus (Claudius Galenus) seorang tabib Rom menulis bahawa buah tin apabila dimakan bersama badam & rue terbukti sebagai penawar terhadap racun.

Isi buah tin sangat menakjubkan, ia menimbulkan rasa haus di kalangan orang yang bersifat panas & menghilangkan dahaga yang disebabkan oleh kahak, sangat melegakan batuk. Ia bersifat diuretik (membantu penghasilan kencing), membuka & membersihkan saluran hati & limpa; ia adalah penawar bagi jangkitan buah pinggang & pundi kencing.

Apabila buah tin dimakan ketika perut kosong terutama dengan badam & walnut, ia membersihkan seluruh sistem pencernaan, tetapi buah tin tidak boleh diambil dengan hidangan berat, malberi putih juga mempunyai manfaat yang sama dengan buah ara tetapi khasiat malberi putih tidak setanding buah tin.

Leave a Reply