Manfaat & Kelebihan Buah Delima

By September 16, 2020Uncategorized

Allah berfirman dalam Al-Quran:

{‏فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ‏}‏ ‏(‏الرحمن ‏:‏ 68‏)

“Di dalam kedua (syurga) itu akan ada buah-buahan, kurma dan buah delima”. (Ar-Rahman:68)

Sayyidina Ali bin Abi Talib R.A. berkata: “Makanlah buah delima dengan seratnya, kerana ia melapisi perut”.

Buah delima terbahagi tiga jenis, manis, pahit dan masam.

Delima manis bersifat panas dan basah, baik untuk perut dan menguatkannya kerana ia bersifat lembut sebagai ‘constipant’ (mengentalkan najis). Ia baik untuk tekak, dada dan paru-paru, serta bagus untuk melegakan batuk. Air (atau jus) dalam delima melembutkan perut dan merupakan nutrien yang sangat bermanfaat bagi tubuh. Ia dicerna dengan cepat kerana sifatnya ringan. Ia mampu menghasilkan haba bersama sedikit udara di dalam perut. Delima membantu meningkatkan pengeluaran air mani tetapi tidak baik bagi mereka yang demam. Delima mempunyai kualiti yang istimewa, iaitu apabila seseorang memakan roti beserta buah delima, ia menghalang roti itu daripada menjadi sebab kemudaratan pada perut.

Delima pahit sejuk dan kering dan juga ‘constipant’ yang ringan. Ia baik untuk perut yang terlalu panas dan membantu mengeluarkan air kencing lebih banyak daripada jenis delima yang lain. Ia mengurangkankan simptom kekuningan hempedu, melegakan cirit-birit, mencegah muntah dan melembutkan sisa-sisa najis. Selain itu ia menyejukkan kepanasan di dalam hati, menguatkan anggota badan, sangat baik untuk mencegah sakit demam kuning dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan hati dan permukaan perut, ia membantu menguatkan perut, menghilangkan sisa najis, menghilangkan hempedu kuning yang berlebihan, dan memberi manfaat kepada darah .

Apabila jus delima diperah bersama serat dan dimasak dengan sedikit madu sehingga menjadi seperti pes dan digunakan sebagai celak, ia akan membersihkan warna kuning dari mata dan akan menghilangkan sebarang lembapan tebal pada mata. Apabila ia diletakkan di gusi, ia akan membantu mengatasi ruam yang muncul pada gusi. Selain itu, jus delima yang diperah dengan kulitnya akan berfungsi sebagai pencahar(melawaskan najis) dan akan menyingkirkan lendir septik dari badan, serta membantu meredakan demam mengejut.

Delima masam pula, kesannya berada di pertengahan antara dua jenis yang telah disebutkan, dan jenis ini lebih cenderung untuk melembutkan gumpalan asid di dalam tubuh. Biji delima yang dicampurkan dengan madu akan meredakan jangkitan jari dan juga bisul yang merebak. Bunga delima membantu menyembuhkan liang luka. Para tabib dahulu berkata bahawa jika seseorang menelan tiga bunga delima setiap tahun, dia tidak akan terkena sakit mata sepanjang tahun itu.

Leave a Reply