(Jangan salahkan aku kalau korang tak baca sampai habis.)

Sebagaimana korang bila nak pakai apa-apa outfit, korang akan ambik tau apa cara yang betul nak gayakan, kasi kena dengan style, biar tak nampak pelik depan mata orang, betul tak?
Jubah pun macam tu jugak.
Sebab bila sebut pakaian sunnah, kena la ambik tau macam mana cara yang sebenarnya nak kena pakai.
Baru la jadi ikut sunnah sebenar, boleh dapat pahala.
Kalau tak, dia akan jadi macam konsep fancy dress je la.
Mat saleh pakai costume masa Halloween, kita pakai jubah time raya.
Tak ada beza.
Kat sini ada beberapa point penting aku bawakkan, baru la jubah or kurta yang korang pilih tu, sesuai ikut keperluan semasa dan jugak tuntutan agama.
Kalau rasa ada nak tambah, hujung nanti boleh komen ok.
Jom tengok aku punya dulu.

1. Longgar = Lagi Baik
Ok, first sekali kalau nak beli apa-apa baju ke, seluar ke, topi ke, kena pastikan saiz sesuai dulu.
Bayangkan la korang dah dapat satu suit yang memang smart, kaler lawa, kain selesa, sekali bahu jatuh seinci.
Tak ke spoil tu?
Memang nampak menggelebeh la tak kira macam mana pun.
Antara korang kena buff up sikit lagi (ambik masa jugak tuh), atau korang basuh banyak-banyak kali sampai dia kecut sikit.

Sorry buat lawak.

Ok, jubah pun macam tu jugak.
Cuma bab jubah ni memang korang kena ambik yang agak loose.
Loose fit la kira.
Sebab budaya orang arab ni memang pakaian mereka cutting besar, labuh dan loose.
Kalau korang tengok cerita Aladdin, Prince of Persia ke dulu ingat macam mana seluar dia? Macam belon pun ada.
Jadi kalau nak masukkan budaya fit-fit macam pensel macam sekarang ni dekat jubah, memang sangat tak jadi la.
Jalan pun jadi terkedek-kedek bang sebab sempit.
Orang lain nak move around, semua jadi terbantut sebab nak tunggu jubah dia.
Hero depan kamera, itik serati di alam nyata.
Come on la.
Jadi pastikan korang pilih jubah yang cutting dia loose, tak ada sendat-sendat kat pinggang ke kat mana-mana, ok.

2. Material Selesa
Next, material kena bagus.
Paling penting.
Saiz kaler ok semua kalau buat kau berpeluh-peluh, at last kau jugak yang susah nak cari tukang kipas bagi peluh hilang semula.
Orang semua banyak lagi nak ambik gambar ni.
Fabric paling bagus dalam dunia ni, kain cotton.
Tapi nak dapat kain asli 100% cotton susah, dah dapat pun susah nak jaga. Sebab dia fragile nak banding dengan kain biasa.
Bukan boleh berus-berus spin-spin macam tu je.
Jadi cari la kain cotton yang hybrid, contohnya yang mixed dengan polyester, tak pun dengan bahan-bahan lain.
Ikut la kain apa yang korang dapat.
Antara yang best aku tau, kain spoon, dengan cotton combed.
Tapi tu pun aku dengar dari tukang jahit, boleh jadi sama-sama dia orang pun lain-lain namanya.
Aku sendiri ada cara nak tau kain tu selesa ke tak. Kalau korang nak tau cara tu aku boleh share.
Caranya pegang la.
Gosok-gosok sikit antara dua jari korang, kalau tak rasa macam plastik, atau tak jadi panas dengan sebab korang gosok tu, kira ok lah tu.
Yang penting masa pakai korang tak nampak macam sarung baju hujan.
Melekit-melekit nampak.

3. Tak Meleret
Bila pakai fesyen arab, kena la tengok cara orang dia gayakan macam mana.
Korang biasa ke ofis, tempat kerja, aku tau memang takkan ada yang nak pakai seluar senteng.
Tapi pakaian arab ni walaupun labuh, takkan ada sampai meleret-leret lebih dari buku lali. Automatik sapu lantai.
Umar Al Khattab sendiri pernah tegur seorang tabiin muda pasal ni. Yang ni aku cerita dalam post lain lah. Korang ingatkan aku.
Jadi jubah ni sebaiknya korang pilih saiz yang betul dengan badan korang, macam mana aku dah cerita panjang kat atas tadi.
Lepas tu tengok kalau labuh lebih dari buku lali, hantar la pergi trim sikit biar nampak buku lali tu.
Kalau dah memang kurang dari buku lali, beli je. Bagus la tu. Jangan pulak tak puas hati. Sebab sunnahnya memang macam tu.
Sebabnya korang nak pakai sunnah, tapi nak jugak ikut cara lain.
Bukan ke jadi mencampur-adukkan amalan agama macam tu?
Sensitif soalan ni.

4. Warna Maskulin
Aku pernah tengok macam mana diorang Muslim community dekat US, UK, Australia gayakan fesyen jubah ni.
Warna yang diorang pilih tak banyak lari. Samada warna putih (paling banyak la), hitam, khaki, atau warna gelap macam navy blue, dark grey, olive green atau maroon.
Kalau ada yang pakai real blue (biru betul, macam kaler alza tu) mesti nampak macam orang over excited, tak pun rabun warna.
Tak payah la cerita warna-warna gila yang korang dok pakai tu.
Pink, purple, orange… Tolong la. Seram sejuk aku rasa.
Agaknya sebab kat Malaysia ni korang dah biasa beraya dengan abang-abang Bangla tu semua, kaler-kaler kegemaran diorang pun korang dah rasa cantik sama.
Untuk jubah ni try cari warna yang nampak lelaki.
Trust me, korang akan lebih maskulin bila nampak close to nature. Warna tanah, warna pokok, sungai, gunung, laut tu takkan pernah out of date semua.
Sesuai untuk semua occasion.
Takde la jubah korang pun sama berlambak berkaler-kaler macam jubah orang perempuan, tapi nak pakai tak tahu masa bila.
Dah, lain kali jangan dengar suggestion diorang kalau nak pilih warna.

5. Design Sederhana
Istilahnya sekarang ‘jubah moden’.
Sebab apa? Sebab kalau tak ada design, macam kurang menarik rasanya.
Kalau nak tau jubah zaman sekarang ni plain macam mana sekalipun dah moden sebenarnya.
Sebab jubah Nabi dulu mana ada kolar-kolar macam kita pakai sekarang ni. Tak caya korang pergi tengok dekat muzium barangan sunnah.
Ada jubah Nabi ada kolar? Cari kat mana pun tak ada kan.
Nanti Masjid Negeri Shah Alam buat pameran lagi kita pergi tengok kalau ada.
Jadi kalau betul nak moden pun, design yang sikit, satu dua kaler pun dah nampak style sebenarnya.
Tak payah nak trendy sangat, dengan camouflage patch, belang-belang, dengan geometry lagi dah macam kereta kebal, tak pun surau bergerak dah nampaknya.
Bila pilih design, pilih yang sikit-sikit ringan-ringan je.
Biar nampak senang kat mata.
Baru nampak cantiknya agama.
Bukan nak orang tengok jubah kita.

6. Jahitan Kemas
Sebab demand tinggi sekarang untuk sektor pakaian muslim atau muslimah ni, banyak la company nak cuba produce barangan diorang sendiri untuk tangkap market tu.
Bila banyak company, banyak la tahap kualiti.
Yang ngerinya, bila diorang fokus pada kuantiti, nak siapkan produk banyak-banyak daripada kualiti.
Pelanggan la yang jadi mangsa.
Pakai tak sampai dua kali, butang, jahitan dah tertanggal sana sini.
Bila dah beli, diorang lepas tangan la. Mana ada beli jubah bagi warranty. (Ke dah ada? Aku x follow sgt la zaman sekarang ni.)
Jadi cari la kedai yang nak bagi warranty tu, tak pun tengok la elok-elok jahitan sebelum beli.

7. Tahan Lasak
Korang sebagai jejaka alpha mesti sentiasa ready untuk apa keadaan sekalipun.
Dari tolak kereta sampai tolak troli, semua tugas ni perlukan komitmen dan daya tindakbalas yang tinggi.
Sesetengah keadaan memang memerlukan korang untuk abaikan apa yang tengah dipakai dan terus beraksi sampai selesai.
Kalau jubah yang korang pakai jenis yang tak tahan lasak, alamatnya cepat je la koyak sana sini.
Kesan buruknya, jubah yang korang sayang tu dah tak boleh pakai lah lagi.
Ataupun korang jadi tak konfiden nak macam-macam aktiviti.
Alasannya tengah pakai jubah.
Alasan, alasan.
Orang lelaki.

8. Tahan Lama
Orang lelaki kena pakai benda yang tahan lama.
Baju seluar nak beli, pastikan yang boleh tahan lagi 4-5 tahun. Sebenarnya lagi lama pakai, lagi sedap kat badan.
Aku sendiri lagi selesa pakai baju yang aku pakai sampai seasoned daripada pakai baju baru.
Lagi la jubah yang jarang-jarang pakai ni.
Sepatutnya boleh tahan 6-7 kali raya. Mana ada orang nak ambik hal pun baju yang kau pakai tu baju tahun lepas ke.
Sebab akhir zaman ni lelaki dah kurang kot, orang perempuan yang mengawal suasana.
Tiap-tiap occasion nak baju lain, orang lelaki pun terikut sama.
Nak sedondon ke sana-sini. Baru nampak sehati sejiwa.
Eleh, nak pilih kaler haritu pun berapa banyak kali gaduh tak nak makan sama-sama.
Jadi orang lelaki are lelaki.
Orang lelaki kena la pakai yang tahan lama. Got that?

9. Harga Murah
Last sekali.
Point ni tak boleh datang first, dia akan buat semua point lain jadi tak boleh diterima.
Sebab mana boleh nak dapat semua ciri-ciri kat atas tu kan, kalau bukan kena pakai duit nak dapat benda tu semua?
Kalau dah sebut murah, first sekali terbayang kena pasrah je la dengan keadaan barang tu bila sampai kat kita.
Jadi nak dapat jubah yang berkualiti, terpaksa la beli yang mahal-mahal takut tak cecah standard.
Terpaksa la korban sikit duit yang nak buat belanja anak-anak makan special sikit tu, kan nak spend untuk benda yang bagus ni.
Macam tu ke?
Sebagai jejaka alpha, lagi-lagi ketua keluarga, kena bijak kos sebab tugas utama jejaka alpha ni bukannya melaram sendiri (korang pernah tengok family singa kan), tapi kena jaga dia punya mistress, dan anak-anak kat belakang yang kecik-kecik dan lemah-lemah lagi ni.
Untuk alpha male, semua bawah jagaan kita tu priority.
Terpaksa la resort kepada jubah-jubah third grade ‘made in China’, yang kain pun macam tisu, jahitan bengkang-bengkok, butang macam nak gugur semata-mata nak jaga nasib family yang korang sayang tu.
“Biar la sayang, abang pakai jubah buruk-buruk pun takpe. Asal korang semua nampak gembira depan mata abang.”
Ayat sedih korang.

Tak semestinya.

Kat dunia ni takkan hilang manusia yang ikhlas berniaga.
Bukan bisnes sekadar nak buat duit semata-mata.
Macam dekat-dekat dengan rumah aku ni ada tempat nama Kampung Kuantan. Kat sana ada makcik tu pagi-pagi jual nasi lemak, memang saja nak bagi orang makan.
Murah. Banyak. Sedap pulak tu.
Kalau nak ikutkan pagi-pagi ni orang rushing nak ke tempat kerja. Sikit ke, tak sedap ke pun tak kisah lah asal nanti masuk ofis tak berkeroncong perut dibuatnya.
Boleh je makcik tu nak untung banyak kalau dia nak, sebab tempat dia memang strategik tumpuan orang.
Tapi boleh je dia jaga kualiti dia.
Macam tu jugak bidang jubah kurta ni, mesti ada jugak yang bagi produk yang kualiti walaupun harga yang diletak tu murah.
Boleh kata semua ciri yang aku dah sebut kat atas tu ada pada pakaian yang diorang jual, betul, walaupun diorang jual dengan harga yang murah.
Sekarang aku nak rekemen kat korang, lepas ni jubah kurta dari mana nak beli.
Kalau korang beli sehelai jubah brand yang lain yang biasa nampak kat FB, IG tu, dah boleh beli 3-4 helai jubah yang diorang jual ni.
Padahal kualiti kain, jahitan, design, pilihan warna sikit pun tak lari.
Nak tau?
Try la korang search Aura Busana.
Dekat Google ada website diorang, dekat FB ke IG pun boleh nak cari.
Boleh tengok sendiri review customer yang dah puas hati.
Kalau tak puas jugak korang boleh contact la tanya apa yang korang nak tau lagi.
Dan diorang takkan penat layan korang macam mana korang tanya pun, sampai la korang buat keputusan nak beli.
Pada aku selagi barang tak sampai kat korang, selagi tu korang tak faham apa yang aku nak bagitau kt sini.
Ok, dah terlampau panjang pulak post aku ni.
Sekarang turn korang pulak la nak bagitau apa-apa yang patut pasal topik ni.
Kalau korang seronok baca, share la dengan kawan-kawan.
Dan sesiapa ada rasa nak share sesuatu boleh la letak komen kat bawah ni.
Link ke website dan social page diorang aku letak kat sini.

Home


https://m.facebook.com/aurabusanashop

Leave a Reply